Baru sahaja kita
menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon
pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat
pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang
mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat.
Ini dapat
disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi
pilihanraya. Antara insiden terbaru
ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin
membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah
membelakangkan terus parti itu.
Lebih menyakitkan
hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa
telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa
calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor
Setar. PKR juga telah menamakan
N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.
Ketidakpuasan
hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan
yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman. Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap
kepimpinan tertinggi parti.
Tindakan
kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang,
menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau
mentadbir parti. Malah, Anwar juga
angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat
muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Anwar, sepatutnya
menjadi tonggak perpaduan kepada PR.
Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya
adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP. Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan
bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada
PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.
Kita lihat
bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP
sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan
kontroversi. Begitu juga dengan isu-isu
yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah,
terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi.
Anwar juga tidak
berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan
isu jual beli bekalan air mentah. Malah,
tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa
kata putus.
Apa yang jelas,
daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR,
kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi
dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan
skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar
Ibrahim.
Oleh kerana
pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan
Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk
memberi mandat kepada PR. Sekali gus
bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam
terus.
Ketiga-tiga parti
di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal
PM yang syok sendiri. Masing-masing
dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa
berpijak di bumi nyata.
Hari ini, DAP
Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara
solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi
negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan
ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR.
Hakikatnya,
masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang
benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati.
No comments:
Post a Comment