Parti Keadilan
Rakyat (PKR) hampir rasmi menjadi Parti Anak Beranak Sendirian Berhad dengan
desas desus kedengaran bahawa seorang lagi anak Anwar, iaitu Nurul Nuha akan
bertanding di Permatang Pauh dalam PRU ke-13 nanti.
Nama Nurul Nuha
menjadi pilihan Anwar setelah mendapat laporan bahawa calon yang dikemukakan
sebelum ini iaitu, Dr. Muhammad Nur Manuty, yang juga Pengerusi PKR Perak telah
ditolak oleh pengundi di situ. Pantas,
Anwar meletakkan nama anaknya bagi memastikan pengaruh keluarganya kekal di
kawasan tersebut.
Bapa Anwar, Datuk
Ibrahim Abd. Rahman juga merupakan ahli Parlimen di situ sebelum Anwar maka
pencalonan Nurul Nuha mungkin dilihat sebagai bersifat sentimental atau mungkin
juga peribadi bagi keluarga mereka.
Kenapa Nurul Nuha
yang masih muda dan tiada pengalaman yang dipilih? Kenapa tidak letakkan Nurul Izzah sahaja
sedangkan Izzah juga jenuh terbang merayau-rayau mencari kawasan kerana sudah
ditolak di kawasan sendiri. Namun,
khabarnya terpaksa kekal kerana hanya itulah saja kawasan yang paling selamat
baginya.
Jawapan kenapa
Nuha dan bukan Izzah adalah kerana hanya Nuha sahaja yang masih ‘suci’, yang
mampu memulihkan imej bapa, ibu dan kakaknya yang sudah sebati dengan imej
pengkhianat, pelakon dan peliwat.
Nurul Izzah,
diketahui sudah terlalu banyak menghiris hati orang Melayu dan orang
Islam. Kecenderungannya ke arah fahaman
liberal amat ketara dan tindakannya mengulas perihal agama dan membenarkan pula
umat Islam menukar agama merupakan satu kesilapan yang tidak dapat diperbaiki
lagi. Malah, keengganannya untuk meminta
maaf atas keterlanjuran kata tetapi sebaliknya memilih untuk menipu dan
memutar-belit kenyataan sendiri dalam usaha memperbaiki kesilapan tersebut
telah menghancurkan terus imejnya di pihak yang bersetuju dengannya sebelum
itu, dan juga di pihak yang menentangnya.
Nurul Izzah juga
telah berkali-kali menyerlahkan pengkhianatannya terhadap negara sendiri. Bukan sekali beliau memburukkan Malaysia di
luar negara dan bukan sekali beliau seolah-olah sengaja atau sememangnya bodoh
dengan membuat kenyataan yang kurang tepat dan tidak wajar mengenai
rahsia-rahsia pertahanan negara.
Baru-baru ini
ketika insiden Lahad Datu membawa rakyat Malaysia bersatu dan menyemarakkan
semangat cintakan negara dan ketika kita berbangga dengan wira-wira kita, Nurul
Izzah sekali lagi membuat kenyataan yang menunjukkan kepada dunia betapa beliau
tidak berkongsi semangat dan sentimen yang sama dan tidak ada pengetahuan
langsung mengenai pasukan keselamatan dan pertahanan negara.
Wan Azizah pula,
hanyalah boneka buruk kerana nak dikatakan perhiasan pun sudah tidak boleh
lagi. Jika perhiasan tentulah Anwar
bangga memakainya tetapi Wan Azizah hanya ditolak ke depan bila perlu
sahaja. Iaitu bagi menonjolkan imej
Anwar sebagai suami dan bapa yang baik.
Selebihnya, Azizah langsung tiada suara, melainkan air mata dan senyum
paksa semata-mata.
Maka, kemunculan
Nurul Nuha diharap sebagai memberi nafas baru kepada imej keluarga yang sudah
punah ranah ini. Sebagai orang baru,
Nurul Nuha belum sempat berbuat silap atau tersalah cakap. Tiada apa yang boleh dikorek atau diburukkan
mengenai Nuha, maka sesiapa sahaja tandingannya di Permatang Pauh akan
menghadapi kesukaran. Bermodalkan legasi
keluarga dan air mata ibu yang pasti akan turun membantu, tidak mustahil Nuha
boleh menang.
Satu-satunya
‘setback’ bagi Nuha ialah gambaran nepotisme yang amat jelas dalam parti PKR.
Selain itu, oleh kerana belum mempunyai rekod, Nuha perlu meyakinkan rakyat
Permatang Pauh bahawa beliau mampu bekerja dan bukan hanya berpolitik seperti
bapa, ibu atau kakaknya.
No comments:
Post a Comment