Perdana Menteri
Datuk Seri Najib dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu pengiktirafan
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dituntut oleh NGO Ekstremis Cina, Dong
Zong.
Dong Zong
Dong Zong
dianggap sebagai puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk
menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMalaysiakan’
rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa. Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong
semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa
ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan.
Justeru, kesudian
Perdana Menteri meluangkan masa melayan pihak ektremis yang perjuangannya amat
bertentangan dengan konsep 1Malaysia itu, wajar dihargai oleh pihak Dong
Zong. Kita harap tindakan Perdana
Menteri yang ikhlas ingin menyelesaikan masalah ini tidak dipandang sebagai
bukti kelemahan kerajaan dalam berhadapan dengan golongan rasis, kiasu dan
angkuh ini.
Isu UEC merupakan
isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran. Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan
nasionalisme sebagai rakyat Malaysia.
Apa yang kita
lihat, sehingga kini, masih tiada satu pun bukti bahawa kewujudan Sekolah
Vernakular mahupun tunturan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk
rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu
melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap
prejudis dan rasis antara satu sama lain.
Ia juga bakal
menyumbang kepada masalah pekerjaan bagi kaum bumiputera apabila kebanyakan
peluang pekerjaan yang ada menitikberatkan Bahasa Mandarin, tanpa mengambil
kira kelayakan yang utama.
Adalah mustahil
untuk menyelesaikan perkara ini tanpa mengenepikan sikap perkauman yang
menebal. Oleh itu, untuk berlaku adil,
isu ini wajar dikaji dari sudut sejarahnya.
Sekolah
Vernakular pada mulanya dibenarkan sebagai tolak ansur agar kaum Cina menyokong
usaha kemerdekaan dan diberikan kerakyatan.
Kaum Cina pada ketika itu majoritinya masih setia pada tanahair mereka
dan menyimpan niat untuk kembali ke sana setelah cukup mengumpul wang dan
harta. Oleh itu, mereka amat bimbang ciri-ciri
keCinaan mereka hilang sekiranya anak-anak mereka bersekolah bersama dengan
anak-anak kaum bumiputera yang mana pasti menimbulkan masalah bila mereka
kembali ke negara asal kelak.
Atas kepercayaan
bahawa mereka hanya akan berada sementara di Malaysia, maka kerajaan
membenarkan sekolah vernakular diteruskan.
Namun, kaum Cina
mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan tetapi di masa yang sama
enggan ‘memutuskan’ kesetiaan kepada negara asal. Maka, mereka terus memperjuangkan sekolah
vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun
rasionaliti sebagai warga negara ini.
Perjuangan mereka
ini adalah berasaskan semangat kiasu dan rasis semata-mata.
Tidak cukup
‘peha’, mereka meminta betis pula.
Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan
bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana
matapelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan
anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran
ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke
IPTA.
UEC dibahagikan
kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML),
Vokational (UEC-V), Menengah Tinggi atau
Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua
subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan.
Hujah Dong Zong
ialah UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United
Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan
Kanada maka kerajaan Malaysia wajar mengiktirafnya juga.
Jelas, Dong Zong
berhujah seperti seorang pendatang.
Kebanyakan
universiti di mana-mana sahaja sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing
dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kualiti tanpa
mengambil-kira sistem pembelajaran negara mereka. Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan
sistem pembelajaran bagi warga luar negara.
Tetapi, masalah
di sini ialah UEC melibatkan warga Malaysia yang ingin ke universiti awam di
Malaysia, bukan ke luar negara.
Maka, salahkah
kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke Universiti awam
wajib menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik?
Tinggi sangatkah permintaan sedemikian?
Apakah kaum Cina begitu bodoh sehingga sukar sekali untuk menguasai
bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke empat?
Mana mungkin Dong
Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga
Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang?
Apakah hanya Dong
Zong yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi
enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti
dan rasionaliti dalam bertindak?
Tidak cukup
dengan itu, Dong Zong mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak
tuntutan mereka sebagai rasis pula.
No comments:
Post a Comment