Monday 22 April 2013

TERKINI!! 18 Calon Pakatan Rakyat Tarik Diri Kerana.....

Dikhabarkan seramai 18 calon pakatan rakyat menarik diri kerana takut dengan persediaan dari BN, ianya di laporkan berlaku di beberapa bahagian. Sehingga kini hanya 18 orang dikatakan menarik diri, jumlah nya mungkin akan bertambah selepas gerakan BN melawati kawasan mereka akan datang. 

Ini adalah jentera pengerak BN yang akan memastikan kemenangan besar kepada BN. :)

"Barisan Nasional akan memerangi fitnah pembangkang habis habisan"

Saturday 20 April 2013

KANAK KANAK DIGUNAPAKAI PEMBANGKANG SEMASA PENAMAAN CALON P162 GELANG PATAH

Kita sememangnya tahu kehebatan parti pembangkang dalam menarik kanak - kanak atau budak yang masih bersekolah untuk menyertai perhimpunan dan perkumpulan seperti ini. Walaupun kemungkinan besar kanak - kanak tersebut langsung tidak memahami apa yang di katakan. Ianya memang langkah bijak untuk menjamin lebih ramai anak muda yang akan mula suka berhimpun kalau - kalau akan diadakan lagi perhimpunan haram seperti sebelum ini nanti.

Tahniah diucapkan kepada yang menyokong gerakan seperti ini. Bila masih kecil sudah diajar bercakap dan memprotes, Saudara Anwar pasti tidak akan risau bila ketiadaan beliau nanti, kerana sudah ada pelapis.

"Saya badan saja yang kecil lah uncle, umur sudah besar ma"

Thursday 18 April 2013

Bukan Senang Nak Memerintah Sebuah Negara. Pilihlah Pemimpin Yang Hebat #GE13 #TolakPR










Motif di Sebalik Bantuan Parti Asing Kepada Pakatan Rakyat



Pendedahan mengenai parti politik negara jiran, iaitu People’s Action Party (PAP), Singapura membantu pembangkang Malaysia bukanlah perkara baru.   Oleh itu, apabila media mendedahkan bantuan DAP secara tersusun terhadap PR dalam menghadapi PRU-13, ramai yang tidak terkejut lagi.  

Namun, bantuan PAP terhadap PR, khasnya DAP kali ini lebih hebat dan terbuka sehingga ke tahap di mana Kerajaan Singapura memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin bersempena dengan pengundian pada 5 Mei, Ahad.  Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas kepada warganya yang terlibat membantu PR dalam PRU di Malaysia. Pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen.

Jangan sekali-kali kita lupa bahawa 2 dari pengasas PAP, masih terus menerajui DAP sejak 1967 iaitu Lim Kita Siang dan Devan Nair (Ahli Parlimen Bangsar) sekali gus membawa erti yang roh dan jiwa PAP dan DAP adalah sama sahaja.  PAP terbentuk dari semangat kiasu, rasis dan kebencian yang meluap terhadap Melayu.  Jika dikaji sejarah Singapura, kita akan dapati bahawa sebab musabab utama ia keluar dari Malaysia hanyalah kerana enggan menerima pemerintahan Melayu Islam!

Dari situlah maka agenda rasis PAP dalam membantu DAP dalam PRU-13 di Malaysia terserlah apabila keistimewaan cuti dan pulang mengundi bagi warganegara Malaysia di negara itu hanya  diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina sahaja, dengan harapan mereka semua akan mengundi DAP.   Tidak cukup dengan itu, 7 buah bas telah disediakan oleh salah seorang taikun besar negara itu bagi membantu mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.  

Keputusan Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor juga dilihat mempunyai agenda tertentu sebagai mengatur langkah yang lebih berkesan untuk ‘mendekatkan’ Malaysia kepada Singapura.  

Sebelum ini pun, PAP telah pun didedahkan terlibat dalam BERSIH dan juga demonstrasi menentang Lynas.   Pendek kata, negara jiran itu tidak pernah senang melihat Malaysia senang dan apa saja yang mampu menggugat kestabilan dan kekuatan Malaysia akan menarik minat mereka.  

Cita-cita Lee Kwan Yew untuk menakluk Malaysia tidak pernah padam, dan Malaysia juga tidak pernah lupa akan cita-cita beliau itu.  Walaupun pada zahirnya, Malaysia seolah-olah alpa, tetapi hakikatnya, Malaysia punya cara tersendiri untuk menanganinya.  

Singapura telah beberapa kali dikesan menceroboh ruang udara Malaysia, namun sebagai jiran yang matang, bijak dan berfikir panjang, Malaysia tidak pernah terburu-buru mengambil tindakan terhadap mereka.  Walaupun Singapura terkenal dengan sifat kiasu ekstrem iaitu tidak malu dan tidak mungkin mengaku salah sekiranya bersalah dan juga tidak akan sekali-kali bertolak ansur atau meletakkan nilai kemanusiaan, kejiranan dan persahabatan mengatasi ego dan keangkuhan, tetapi Malaysia tetap mengambil sikap sabar dan tenang dalam menangani karenah jiran yang satu ini.  

Ini kerana kita cukup kenal siapa Singapura, iaitu sebuah negara diterajui oleh rasis Cina yang merasakan diri mereka setanding barat.  Mentaliti ‘dijajah’ mereka begitu kuat iaitu cukup bangga jika dikaitkan dengan barat apatah lagi mendapat kepercayaan menjadi ‘agen’ barat di rantau ini.  

Lebih dari itu, sikap iri hati, tamak dan kiasu pemimpinnya menjadikan negara kecil itu sentiasa mendendami Malaysia yang dianggap mereka sebagai ‘bodoh’ kerana diterajui oleh bangsa Melayu.    Selain dendam peribadi Lee Kwan Yew yang tidak berasas terhadap bangsa Melayu, Malaysia juga sentiasa berada di bawah pemerhatian Singapura kerana potensinya dari segi ekonomi dan pelaburan.  Dan seperti juga bangsa-bangsa di barat, entah kenapa Singapura turut melihat Islam di Malaysia sebagai masalah, kalaupun bukan ancaman.  

Walau apapun, pilihan memilih kerajaan berada di tangan kita, bukan Singapura.  Setakat ini, kita sudah menyaksikan bahawa DAP tidak sebijak mana, malah bodoh sehinggakan tidak tahu mengira dan menipu juga terkantoi semuanya.  Maka, yakinlah bahawa PAP yang angkuh itu juga sama saja, iaitu tidaklah sebijak mana.  Sesungguhnya PAP belum cukup matang untuk memahami bahawa ada yang lebih penting di dalam dunia ini selain kekayaan negara, iaitu keamanan, kestabilan dan kemanusiaan.  

Oleh itu, biarlah mereka perasan hebat dan bertungkus lumus cuba menjajah kita dengan apa jua cara, kita tidak rugi di mana-mana kerana orang bijak tidak perlu menunjuk-nunjuk bijak dan orang yang benar hebat tidak akan sekali-kali bersifat angkuh. Orang yang bijak pasti tahu bahawa keangkuhan seringkali membawa kepada kejatuhan.  

Pertembungan Lim Kit Siang – Ghani Othman Tumpuan PRU-13


Dalam suasana politik demokrasi, seorang wakil rakyat yang baik pasti disayangi oleh rakyat di kawasannya dan beliau juga pasti berat hati untuk bertanding di tempat lain kerana tindakan itu akan dilihat seperti mengabaikan rakyat kawasannya.  Justeru, wakil rakyat yang baik selalunya akan kekal di satu-satu kawasan untuk masa yang lama dan mempunyai banyak masa untuk merancang dan memantau pembangunan kawasan tersebut.  

Buktinya, Dato’ Seri Najib, Tun Mahathir, dan mana-mana ahli politik yang disanjung rakyat jarang sekali bertukar-tukar kawasan.   

Ini amatlah berbeza dengan pemimpin DAP iaitu Lim Kit Siang.  Lim Kit Siang pastinya benar-benar menghayati slogan ‘ubah’ DAP kerana asyik berubah-ubah kawasan bertanding.  

Sejak dari 1969, Lim Kit Siang asyik berubah kerusi antaranya,  Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978),  Petaling Jaya (1978–1982),  Kota Melaka (1982–1986),  Tanjong (1986–1999), dan akhir sekali Ipoh Timur pada 2004 dan kini berubah angin lagi ke Gelang Patah.  Jangan ditanya apa jasanya kepada semua kawasan-kawasan tersebut, kerana tidak ada langsung.  Satu-satunya ‘khidmat’ yang disumbang kepada rakyat kawasannya ialah perpecahan dan semangat perkauman serta kebencian yang meluap-luap.  

Jelas, Lim Kit Siang bertanding bukan untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi untuk mencari tapak untuk berkuasa. Namun, ‘perubahan angin’ yang dilakukannya kali ini dilihat punya signifikan tersendiri iaitu untuk memecahkan dominasi UMNO serta perpaduan antara kaum di Johor di samping mengorak langkah susulan untuk membantu menyerapkan roh PAP Singapura dengan lebih kukuh melalui negeri di hujung semenanjung itu.  

Dengan Pulau Pinang sudah dikuasai dan jika bernasib baik, Johor pula, maka DAP atau lebih tepat, PAP akan dapat menguasai dua dari ‘pintu masuk utama’ ke Malaysia.  Kita sedia maklum akan bantuan kewangan secara bulanan kepada DAP daripada PAP, dan kita juga sedia maklum bagaimana kerajaan Singapura memberi bantuan khas kepada DAP dalam berbagai bentuk termasuk tenagakerja bagi menghadapi PRU kali ini.   

Di Gelang Patah, Lim Kit Siang akan bertembung dengan Datuk Abd. Ghani Othman.  Kerusi Gelang Patah yang mempunyai pecahan kaum Cina 54%, Melayu 34% dan India 12% sebelum ini dipegang oleh MCA yang telah bersetuju untuk menyerahkannya kepada UMNO.   Penyandang kerusi tersebut, iaitu Ketua Wanita MCA Johor, Tan Ah Eng telah mendapat majoriti sebanyak 8,851 undi, iaitu jauh lebih kecil dari majoriti yang diperolehi pada 2004 sebanyak 31,666 undi.  

Datuk Abd. Ghani sebelum ini bertanding di kerusi Ledang dan pertukarannya ke Gelang Patah dikatakan sebagai strategi BN untuk merebut undi penentu iaitu undi Melayu dari Lim Kit Siang.  

Apapun, kita melihat yang Lim Kit Siang bukannya mencabar Datuk Abd. Ghani, tetapi sebenarnya mencabar seluruh rakyat Johor dan juga konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri.  Kita tahu bahawa politik Lim Kit Siang adalah politik perkauman.  Walaupun Kit Siang menafikan tuduhan ini tetapi cakap-cakapnya dalam setiap ceramahnya adalah jelas di mana hujah utamanya sering tertumpu mengenai kerajaan yang diterajui UMNO (Melayu), lembab, korup dan malas, UMNO menganaktirikan kaum bukan Melayu, perlembagaan UMNO berat sebelah kepada kaum Melayu, kaum Cina dinafikan hak dan berbagai-bagai lagi isu yang bersifat perkauman yang membawa prejudis dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, beliau juga suka membangkitkan soal agama seolah-olah Malaysia menekan agama lain.  

Kita pasti Datuk Abd. Ghani mampu mematahkan penipuan dan hasutan Kit Siang ini.  Dan kita lebih pasti lagi bahawa orang-orang Johor, tidak kira Melayu atau Cina atau India cukup matang dan mampu melihat kebenaran di hadapan mata mereka iaitu tiada kaum yang terpinggir dalam arus pembangunan negara, malah kaum Cinalah berada di hadapan dalam segala-galanya.

Khalid Mahu Main Golf Selepas Kalah PRU13



"Tak jadi masalah, kalau kalah, saya boleh main golf," demikian kata Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim ketika membayangkan kemungkinan beliau akan kalah di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 kelak.

Bunyinya seperti pasrah dan sudah mengaku kalah, itu secara tersurat tapi secara tersiratnya ia sebenarnya hanyalah untuk mengaburi mata khalayak supaya tidak mempersoalkan kenapa beliau tiba-tiba berpindah DUN.

Biasanya jarang benar seseorang Menteri Besar beralih kawasan DUN yang ditandingi kecuali jika ada persempadanan semula kawasan DUN atau pun dikehendaki berpindah ke kerusi Parlimen kerana khidmatnya diperlukan di peringkat Pusat.

Namun apabila Khalid mengumumkan akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang pada PRU13 ini, di masa yang sama mengekalkan pencalonannya di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. 

Tidak syak lagi Khalid sudah menyedari sekiranya beliau terus bertanding di DUN Ijok, para pengundinya di kawasan berkenaan akan menghukumnya dalam PRU kali ini. Mana tidaknya, kalau dah selama 5 tahun menjadi wakil rakyat di situ, jarang sekali penduduknya berpeluang bertemu YB mereka.

Selain itu, Khalid juga bakal berdepan dengan halangan rakan kepimpinan yang sudah bertahun-tahun menjalankan propaganda menolaknya di Ijok. Memang tak terdaya untuk Khalid menempuh semua cabaran tersebut.

Mahu tidak mahu, Khalid terpaksa beralih arah mencari nafas baru di DUN Pelabuhan Klang dengan alasan pucuk pimpinannya memerlukan calon 'heavyweight' sepertinya untuk yakinkan pengundi Pelabuhan Klang.

PRU12 tahun 2008 dulu, DUN Pelabuhan Klang berjaya dimenangi oleh PKR dengan majoriti besar melebihi 4,000 undi berbanding majoriti kemenangannya di DUN Ijok hanya 1,920 undi sahaja.

Berdasarkan perbandingan jumlah undi majoriti itu pun umum sudah dapat menjangkakan, Khalid sebenarnya sengaja memilih DUN Pelabuhan Klang kerana merasakan ia tempat selamat baginya. Macam ini punya MB memang memalukan, nampak sangat kebaculan dan kedayusannya. 

Tapi disebabkan Khalid sudah teringin benar untuk bermain golf, eloklah para pengundi di DUN Pelabuhan Klang mengambil kesempatan ini untuk merealisasikan hasrat Khalid itu. Lagi pun, di Ijok pun rakyat dah menolaknya, tiada sebab untuk pengundi di kawasan lain menerimanya pula, bukan begitu?

Friday 12 April 2013

Siapakah Yang Anda Patut Pangkah Semasa Mengundi Nanti #GE13.

Pilihlah Anwar Ibrahim, beliau ramai kenalan..


Pilihlah DAP, habislah jawatan kerajaan terbang macam roket..


Pilihlah PKR 'Janji Pegang Pada Tali' bukan pada Manifesto...


Pilihlah UMNO, Rilek je memerintah, yang penting Janji Semua Ditepati, Kebajikan semua terjaga dan yang wajib tetap menjadi perkara utama.

Isu Air Selangor, dari mula PR sampai sekarang tidak selesai. #ManifestoBukanJanji #TolakPR


Kepada semua rakyat Selangor bukalah mata dan minda janganlah membuat kesilapan sekali lagi pada GE13. Kalau isu air pun tidak dapat diselesaikan, mcmana nak diberi kepercayaan untuk memimpin. Jangan tertipu dengan #ManifestoBukanJanji

Thursday 11 April 2013

Lagi Video 18 Sex Pemimpin Kanan PAS Ditemui.


Orang ramai menjumpai sampul surat yang mengandungi cakera padat berunsur lucah. Hasil pemeriksaan di hadapan pintu pagar di kawasan Perumahan Lorong Sekolah dan Lorong Hidayat Kg.Alor Lintang 22200 Kg.Raja Terengganu telah menjumpai (16) sampul surat berwarna putih dan setiap sampul mengandungi (1) keping cakera padat video gambar lucah. 

Hasil pemeriksaan Video tersebut adalah melibatkan seorang Ahli Parti Politik Setiausaha Agung Pas, Dato' Mustaffa Ali. 

Video memaparkan seorang Perempuan disyaki bukan warganegara bersama (melakukan hubungan seks) dengan Pemimpin Kanan PAS tersebut. Durasi video tersebut hampir lebih kurang 11 minit 25 saat. 

Hasil siasatan menunjukkan PKR adalah dalan kepada penyebaran cd ini. Disahkan 2 orang AMK ditahan berhubung penyebaran video pemimpin kanan PAS dan mereka telah pun di tahan polis untuk di soal siasat.

5 Mei hari mengundi.




PUTRAJAYA 10 April - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal. - UTUSAN

Pastikan anda menyemak daftar pemilih disini http://daftarj.spr.gov.my

Sidek Baba Buat PR Tersungkur!


Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah menolak Islam dalam pentadbiran negara malah tiada hujah yang dapat membuktikan perkara itu.

Sebaliknya, kata tokoh akademik, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba, kerajaan terus memberi penekanan kepada agama Islam yang merupakan asas Perlembagaan serta dalam masa sama tidak mengetepikan hak penganut agama lain.

Katanya, tanggapan kononnya perjuangan UMNO bersifat assabiyah merupakan tuduhan melulu kerana parti itu tidak pernah menzalimi kaum lain.

"Sifat assabiyah sebenar adalah dengan menzalimi kaum lain dalam memperjuangkan hak kaum mereka dan perkara itu tidak wujud dalam perjuangan UMNO yang tidak pernah lupa terhadap kaum lain di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi salah seorang panel dalam Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden anjuran Utusan Publications dan Distributors Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kumpulan Felda di sini hari ini.

http://darahsatriadotcom.blogspot.com/2013/04/sidek-baba-buat-pr-tersungkur.html

Wednesday 10 April 2013

Dah Ada Akaun Sendiri, Kenapa Perlu Akaun Lain?


Buatlah Pilihan Yang Bijak, Jangan Mempertaruhkan Masa Depan Anda.


Jom Kita Fikirkan Dulu, Jangan Terus Percaya Cakap Rafizi Ni.


Inilah Dia Perbandingan Inisiatif "Aku Janji dengan Manifesto Bukan Janji"


Siapa Cakap Datuk Ibrahim & Anak Beranak Tidak Kaya?



Beberapa aset kekayaan yg dimiliki Datuk Ibrahim Abdul Rahman (bapa Anwar Ibrahim) yg merupakan seorang rakyat biasa & bukannya bersusur-galur bangsawan mahupun orang kaya. Bapa Anwar juga bukanlah seorang saudagar intan berlian mahupun permata apatah lagi seorang ahli perniagaan Korporat mahupun keparat.
Kemasukkan Anwar Ibrahim ke dlm kerajaan yg dikutip oleh Tun Dr. Mahathir drp ABIM telah membuatkan Anwar Ibrahim menjadi KAYA RAYA MALIANA dlm sekelip mata. Bukan shj Anwar menjadi mewah, malahan bapanya sendiri secara tiba2 mempunyai aset yang berbilion2 apabila Anwar memegang jawatan sbg Menteri Keewangan.

Mari kita semak senarai aset milik Datuk Ibrahim Abdul Rahman. Beliau mempunyai kepentingan perniagaan yg besar mewakili Anwar dgn menjadi Ahli Lembaga Pengarah lebih dari 50 buah syarikat & memegang saham hampir 20 buah syarikat. Antara syarikat tersebut adalah:- Pengkalen Holdings Bhd, Pengkalen Capital Bhd, OI Corporation Bhd, Pan Malaysia Industries Bhd, Nissan Industrial Oxygen Bhd, Zaitun Bhd, Boral Concrete (M) Sdn. Bhd., Ibrus Holdings Sdn. Bhd., MS Pembinaan & Kejuruteraan (M) Sdn. Bhd,. PPH Pembangunan (M) Sdn. Bhd., Metromix Sdn. Bhd., Syarikat Bumiputra Sdn. Bhd., PPH Development (M) Sdn. Bhd., PPH Resorts Negara (Port Dickson) Sdn. Bhd., PPH Resorts (Penang) Sdn. Bhd.

Berikut pula merupakan senarai syarikat yg bapa Anwar merupakan pemegang saham yang besar dlm sesebuah syarikat:- Nissan Oksigen Perindustrian Bhd. (3,032,500 saham); Par Con Corporation Bhd. (900,000); Perumahan Muhibah Sdn. Bhd. (510,000); Sri Kibar Sdn. Bhd. (285,000); Westaflex Sdn. Bhd. (200,000) Seribudi Services (M) Sdn. Bhd. (200,000).

Dari mana pula aset kekayaan adik beradiknya Farizan, Rani dan Marzuki??? Dari langit kah??? Adik beradik Anwar juga merupakan rakyat biasa yg bukannya belajar tinggi mahupun jenis yang kaya raya. Namun apabila abang beliau menjadi Menteri Kewangan, adik beradik Anwar ini berubah menjadi golongan kaya yang melampau.

Rani sbg pengarah Azamintensif Sdn. Bhd., Marzuki sbg pengarah lapan syarikat:- Teraju Dinamik Sdn. Bhd., Knight H & D Sdn. Bhd., Ganjaran Jaya (M) Sdn. Bhd., Rodatra Sdn. Bhd., Sanjungan Niaga Sdn. Bhd., CSPM Resources Sdn. Bhd., Wrand Tank Industries (M) Sdn. Bhd., Lityan Holdings Bhd., dan Bumijet Industries Sdn. Bhd.

Senarai aset2 di atas yg dimiliki oleh bapa & adik beradik Anwar mempunyai nilai berbillion2 ringgit yg ianya berlaku apabila Anwar Ibrahim menjadi Menteri Keewangan pada ketika itu. Apakah Anwar Ibrahim seorng yg benar2 BERSIH??? Mengapa tidak menyatakan kepada rakyat Malaysia dari mana kekayaan yg ada membuatkan keluarga beliau mampu memiliki aset yang berbillion ini dlm sekelip mata??? Apakah Anwar dan Keluarganyal MENABUNG SEJAK KECIL sehingga mampu memiliki aset sebegini???

Inilah dia makhluk ANUGERAH TUHAN...????????????????

Friday 5 April 2013

Tun M Gesa Rakyat Johor Kuburkan Politik Kit Siang Di Gelang Patah


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.


Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.


“Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.


Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura.


“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.


Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.


“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya.


Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.
  
Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan  ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.
  
Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor.
   
Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.
  
Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.
  
Dan seperti biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.
  
Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.

'Dr Wan Azizah's camp behind sex video' (NST)

'SINISTER PLOT?' Former PKR official claims it's a conspiracy to topple Azmi.
 
KUALA LUMPUR: FORMER political secretary to Parti Keadilan Rakyat Wanita chief, Mohd Fareez Kamal Intidzam, said the sex video of a PKR leader exposed recently was a conspiracy to topple party deputy president Mohamed Azmin Ali.

Fareez claimed that the sex video was planned and exposed by president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail's camp to reopen Azmin's sex video case.
 
"The leader in the video is just a scapegoat. The disciplinary action taken against him and his dismissal will be used as a "case reference" for the investigation of Azmin's sex video leaked in May last year," he said in a statement.

He said with solid "case reference", Azmin would be forced to face disciplinary action and dismissed, preventing him from contesting in the 13th general election.

"The president's camp realises that Azmin has gained a strong footing among party followers. So they have conspired to topple him and tarnish his reputation."

Fareez added this was also their way to "counter attack" his letter dated March 4, urging Pas president Abdul Hadi Awang to support Azmin as the new PKR president.

Badan Bertindak Anti-Penyelewengan Kedah president Khairul Anuar Ramli on Friday had exposed the video in a blog, urging PKR leaders to investigate the matter.

"I was told that Khairul Anuar's action to bring up this matter was driven by Dr Wan Azizah's camp."

He added that the whole conspiracy was immature and it showed that Wan Azizah was "a political desperado".
 
"This should not be happening, especially during this time when party members have to unite and work together for the coming general election."

Thursday 4 April 2013

13 Kejutan Anwar Menjelang PRU 13!!


Selamatkan Kedah!!


Barisan Nasional Kedah komited mendekati rakyat secara ofensif bagi memastikan misi "Save Kedah" direalisasikan pada PRU-13 ini. 5 tahun pentadbiran Kerajaan PR di Kedah gagal memberikan apa-apa impak namun dibebani dengan pelbagai masalah umpamanya isu KUIN, pembalakan kawasan hutan simpan, kenaikan tarif air dan kesukaran rakyat bumiputera menembusi tender projek.

Meniti saat-saat semboyan PRU13 dibunyikan, PR Kedah ketika ini sedang berdepan dengan masalah persefahaman dan pertelagahan kronik berkenaan pertindihan tuntutan kerusi DUN mahupun Parlimen. Memeranjatkan, bukan sekadar berlaku perbalahan dalaman PAS Kedah, tetapi pertelagahan 3 penjuru antara PAS v DAP v PKR.

PAS Kedah Bergolak

Umum sudah maklum tentang konflik berpanjangan antara MB Kedah, Ustaz Azizan dan Timbalan Pesuruhajaya 1 PAS Kedah, Ir Phahrolrazi. Menghampiri PRU-13, puak-puak penyokong dilihat melobi untuk memastikan pengaruh mereka masih kuat dan difahamkan untuk 'menjatuhkan' Ustaz Azizan yang tetap bertegas untuk bertanding. Dikhabarkan ketika ini, pelobian pengaruh antara puak penyokong kedua-dua tokoh meruncing di beberapa kawasan DUN umpamanya di Alor Mengkudu, Pengkalan Kundur dan beberapa DUN di Alor Setar dan Kuala Kedah. Perkembangan semasa ini pasti meningkatkan kebarangkalian berlakunya sabotaj dan protes sesama ahli PAS di Kedah.

PKR, DAP Tunjuk Hebat

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan lagak kebiasaannya mengumumkan calon kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai adalah milik wakil PKR. Pengumuman ini mendapat reaksi negatif dari Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik bahawa calon-calon dari PKR adalah tidak sah. Ini kerana kedua-dua kerusi tersebut dituntut keras oleh DAP Kedah. Begitu juga, di DUN Derga, Gurun, Bakar Arang dan Lunas, dikatakan sesama PKR dan DAP bertindih tuntutan. Akibatnya, DAP dengan lantang menyatakan tidak akan teragak-agak untuk meletakkan calon mereka dan bersedia berdepan pertandingan tiga penjuru antara DAP-PKR-BN.

PKR Buat Masalah Lagi

Jentera PAS dan DAP di Kedah sudah 'lali' dengan kelemahan jentera PKR Kedah. Secara asasnya, PKR Kedah tidak banyak membantu pentadbiran PAS dan dianggap oleh pihak akar umbi sebagai lemah dalam aspek jentera pilihanrayanya. Namun, di sebalik kelemahan PKR ini, dalam bab mengumumkan calon dan merebut kerusi di Kedah, kelompok mereka adalah yang terawal. Pada ketika, DAP Kedah masih menunggu kata putus pimpinan tertinggi, begitu juga kenyataan MB Kedah bahawa calon PAS hanya diumumkan selepas Dewan Rakyat bubar, datang Anwar Ibrahim dengan yakin melaungkan nama-nama calon PKR pada kerusi yang menjadi rebutan.Tidak cukup dengan penyebaran di media maya tentang pergaduhan antara penyokong calon PAS dan PKR di kawasan Alor Semadom.

Kemelut meruncing yang berlaku sesama kelompok PR Kedah seharusnya dijadikan iktibar rakyat 1Malaysia, terutamanya di Kedah. Rakyat wajar menilai ;

1) Apa makna 'Kerajaan Pakatan' ini? Heboh menjaja betapa kuatnya 'kesepakatan' mereka namun isu pertelagahan melibatkan pertindihan kerusi dan 'menjatuh-melobi' pengaruh cukup kritikal membelenggu 'pakatan' mereka. Padanlah 5 tahun pentadbiran berdepan pelbagai isu, hendak membahagi kerusi pun cukup lemah.

2) Kenapa teruja mereka berebut? Masing-masing sedang selesa dengan pengaruh dan mahu bertaruh kuasa serta menunjuk kehebatan sesama mereka. Akibatnya, lebih elok berbalah. Rakyat sekalian, kelompok sebegini yang sedang alpa dalam kuasa seeloknya diberikan pengajaran.

Sahabat di Kedah,

5 tahun tempoh panjang sudah melalaikan pimpinan dan jentera PR Kedah di pundak kuasa dan pengaruh.
5 tahun tempoh panjang sudah mematangkan rakyat penduduk Kedah melakukan penilaian sebaik-baiknya.
5 tahun mendatang, demi masa hadapan pada sebuah negeri berpotensi tinggi, pimpinan BN semestinya Pilihan Rakyat Kedah.
Dedikasi buat PR Kedah, Terima Kasih kerana 'konflik kalian' membantu menjayakan Misi "Save Kedah" !

Wednesday 3 April 2013

LIM’S CHALLENGE TO DR M MAY WORK AGAINST HIM IN GELANG PATAH


DAP strongman Lim Kit Siang has challenged former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad to contest against him in Gelang Patah, Johore.

Lim threw the challenge when he learnt that Dr Mahathir had gone to Gelang Patah to give talks to the voters there upon knowing that he is going to contest the parliament seat there.
Lim and Dr Mahathir has been on a political war path some 30 years or so but they have not face-off with each other as both have different sets of influence and supporters.
Lim is sectorial and that if he is to contest in a Malay majority seat, he may see his political career thrown down the drain while Dr Mahathir’s support comes from Malays and he may end up a loser if he contests in Chinese majority seats.

Lim’s challenge can be ‘considered’ as political gimmick, similarly if Dr Mahathir is to challenge Lim to contest in Kubang Pasu, Kedah as both will not meet on a neutral ground where the number of Malay and Chinese voters are equal or something of that configuration.
So the challenge is just a gimmick to heat up the pre-campaign trail as both sides of the political divide go on a vigorous and vicious routine that even saw fights between supporters.
For Lim and the DAP, winning a parliamentary seat in Johore is a moral booster as the Malay saying goes ‘bolos jarum, bolos la benang’ which means if the needle can go through then the thread will easily follow’.

For Lim and DAP, winning even just one parliamentary seat in a Malay dominated state as Johore reflects a victory in penetrating a Malay and Umno heartland which can be translated as the Malays are no longer united in supporting Umno and BN.
And for Lim, that also means to hurt Dr Mahathir emotionally and politically as the latter had build Umno and BN so strong to the extent that there was not much opposition when developing the country.

For 22 years Dr Mahathir enjoyed developing the country with Lim ‘barking’ without much effect and the Chinesse community continue to enjoy benefits without even being affected by the bumiputras quota.

But after March 2008 general election, the political landscape changes and everything else changed too where issues are no longer on development per se but contain racial undertones and smack religious innuendo.

For Dr Mahathir, defending Johore and the Malay heartland is deem a well worth struggle since he intends to bury Lim’s political career as well as the man he had trained so hard – Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir’s ‘battle’ this time is not just winning as a non-partisan because he is not contesting but also to see the two men ‘politically buried’ if he can.
And Lim’s challenge may backfire if Dr Mahathir reciprocates seriously

Kenapa UEC Sukar Untuk diIktiraf?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib dilaporkan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi menyelesaikan isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dituntut oleh NGO Ekstremis Cina, Dong Zong. 

Dong Zong

Dong Zong dianggap sebagai puak ektremis kerana sehingga kini terus berkeras untuk menolak segala usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia atau ‘MeMalaysiakan’ rakyat melalui sistem persekolahan yang sama serta melalui satu bahasa.   Ini kerana apa yang dituntut oleh Dong Zong semuanya berkisar pengasingan antara kaum di sekolah serta memperkasakan bahasa ibunda kaum Cina sementara di masa yang sama, semakin mengabaikan Bahasa Kebangsaan. 

Justeru, kesudian Perdana Menteri meluangkan masa melayan pihak ektremis yang perjuangannya amat bertentangan dengan konsep 1Malaysia itu, wajar dihargai oleh pihak Dong Zong.  Kita harap tindakan Perdana Menteri yang ikhlas ingin menyelesaikan masalah ini tidak dipandang sebagai bukti kelemahan kerajaan dalam berhadapan dengan golongan rasis, kiasu dan angkuh ini.   

Isu UEC merupakan isu yang jauh melangkaui soal pendidikan dan pelajaran.  Ia merupakan isu jati diri, perpaduan, dan nasionalisme sebagai rakyat Malaysia. 

Apa yang kita lihat, sehingga kini, masih tiada satu pun bukti bahawa kewujudan Sekolah Vernakular mahupun tunturan pengiktirafan UEC mampu membawa kebaikan untuk rakyat dan negara dari apa segi jua melainkan keburukan semata-mata iaitu melebarkan jurang pemisahan antara kaum, sekali gus membuka ruang kepada sikap prejudis dan rasis antara satu sama lain. 

Ia juga bakal menyumbang kepada masalah pekerjaan bagi kaum bumiputera apabila kebanyakan peluang pekerjaan yang ada menitikberatkan Bahasa Mandarin, tanpa mengambil kira kelayakan yang utama. 

Adalah mustahil untuk menyelesaikan perkara ini tanpa mengenepikan sikap perkauman yang menebal.  Oleh itu, untuk berlaku adil, isu ini wajar dikaji dari sudut sejarahnya. 

Sekolah Vernakular pada mulanya dibenarkan sebagai tolak ansur agar kaum Cina menyokong usaha kemerdekaan dan diberikan kerakyatan.  Kaum Cina pada ketika itu majoritinya masih setia pada tanahair mereka dan menyimpan niat untuk kembali ke sana setelah cukup mengumpul wang dan harta.   Oleh itu, mereka amat bimbang ciri-ciri keCinaan mereka hilang sekiranya anak-anak mereka bersekolah bersama dengan anak-anak kaum bumiputera yang mana pasti menimbulkan masalah bila mereka kembali ke negara asal kelak. 

Atas kepercayaan bahawa mereka hanya akan berada sementara di Malaysia, maka kerajaan membenarkan sekolah vernakular diteruskan. 

Namun, kaum Cina mendapati Malaysia terlalu ‘indah’ untuk ditinggalkan tetapi di masa yang sama enggan ‘memutuskan’ kesetiaan kepada negara asal.  Maka, mereka terus memperjuangkan sekolah vernakular tanpa mengambilkira semangat tolak ansur, realiti mahupun rasionaliti sebagai warga negara ini. 

Perjuangan mereka ini adalah berasaskan semangat kiasu dan rasis semata-mata. 

Tidak cukup ‘peha’, mereka meminta betis pula.  Sudahlah ingin bersekolah berasingan dari bangsa lain dan menggunakan bahasa ibunda negara asal, diberi pula kelonggaran dan keistimewaan di mana matapelajaran Bahasa Kebangsaan (Melayu) direndahkan tarafnya bagi membolehkan anak-anak mereka mudah mendapat keputusan yang cemerlang dalam matapelajaran ini, mereka meminta pula agar kerajaan mengiktiraf UEC bagi kemasukan ke IPTA. 

UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V),  Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin.   UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan. 

Hujah Dong Zong ialah UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada maka kerajaan Malaysia wajar mengiktirafnya juga. 

Jelas, Dong Zong berhujah seperti seorang pendatang. 

Kebanyakan universiti di mana-mana sahaja sememangnya membuka peluang kepada pelajar asing dan menerima kelulusan pelajar-pelajar tersebut berdasarkan kualiti tanpa mengambil-kira sistem pembelajaran negara mereka.  Mana mungkin sesebuah universiti menetapkan sistem pembelajaran bagi warga luar negara. 

Tetapi, masalah di sini ialah UEC melibatkan warga Malaysia yang ingin ke universiti awam di Malaysia, bukan ke luar negara. 

Maka, salahkah kerajaan menetapkan syarat agar warga Malaysia yang layak ke Universiti awam wajib menguasai Bahasa Kebangsaan dengan baik?  Tinggi sangatkah permintaan sedemikian?  Apakah kaum Cina begitu bodoh sehingga sukar sekali untuk menguasai bahasa kebangsaan walaupun telah menjangkau generasi ke empat? 

Mana mungkin Dong Zong mengharapkan kemudahaan pembelajaran di universiti awam seperti warga Malaysia yang lain jika Bahasa Kebangsaan sendiri lintang-pukang?   

Apakah hanya Dong Zong yang boleh memberi syarat dan menuntut itu dan ini dari kerajaan tetapi enggan berundur walau setapak bagi memberi ruang kepada praktikaliti, realiti dan rasionaliti dalam bertindak?

Tidak cukup dengan itu, Dong Zong mengambil sikap seolah-olah sesiapa sahaja yang menolak tuntutan mereka sebagai rasis pula.  

Nampaknya, sudah sampai masanya Dong Zong melihat ke dalam diri sendiri dan berfikir dalam-dalam serta mengakui kebenaran tentang ‘siapa yang rasis sebenarnya’?  Pihak yang menuntut perpaduan, jati diri dan nasionalisme, atau pihak yang menentangnya?

Anwar Tiada Kuasa Tentukan Calon Kedah



Baru sahaja kita menyaksikan bagaimana Anwar telah tidak dihormati di Kuantan di mana calon pilihannya yang diumumkannya sendiri telah diejek ahli PKR, kini kita melihat pula bagaimana Anwar hilang kawalan dan tidak mampu membuat keputusan yang mampu memuaskan hati semua pihak di dalam Pakatan Rakyat. 

Ini dapat disaksikan dari perbalahan yang berlaku di beberapa tempat berkenaan kerusi pilihanraya.  Antara insiden terbaru ialah di Kedah apabila DAP mengugut untuk bertanding secara ‘solo’ yang mungkin membawa kepada pertandingan tiga penjuru akibat kepimpinan negeri telah membelakangkan terus parti itu. 

Lebih menyakitkan hati DAP Kedah ialah apabila Anwar sendiri, tanpa berunding dengan sesiapa telah dengan tidak semena-mena mengumumkan dalam satu ceramah di Kedah bahawa calon dari PKR, iaitu Gooi Hsiao Leung untuk bertanding di kerusi parlimen Alor Setar.  PKR juga telah menamakan N.Surendran untuk bertanding di Padang Serai.

Ketidakpuasan hati DAP Kedah disuarakan oleh Ketuanya, Lee Guan Aik yang turut menegaskan yang beliau akan mempertahankan kerusi Kota Darulaman.  Lee nyata kesal dan kecewa dengan sikap kepimpinan tertinggi parti. 

Tindakan kepimpinan PR yang membelakangkan DAP dan mengambil keputusan tanpa berbincang, menyerlahkan sikap Anwar yang kuku besi serta tidak berkeupayaan mengurus atau mentadbir parti.  Malah, Anwar juga angkuh kerana enggan memberi sebarang komen mengenai isu ini tetapi hanya membuat muka selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. 

Anwar, sepatutnya menjadi tonggak perpaduan kepada PR.  Perlantikan beliau sebagai Ketua dan bakal Perdana Menteri kononnya adalah kerana hanya beliau yang mampu menyatupadukan PAS dengan DAP.  Namun, sebagai Ketua, Pemimpin Tertinggi dan bakal PM, pelik sekali apabila beliau tiada hak untuk memberi kata putus kepada PAS, DAP mahupun PR secara keseluruhan.  

Kita lihat bagaimana Anwar langsung tidak mengambil peduli akan perbalahan dalam DAP sebelum ini, termasuk isu pemilihan CEC yang nyata menimbulkan kontroversi.  Begitu juga dengan isu-isu yang melibatkan ekonomi negeri seperti pembalakan tidak terkawal di Kedah, terowong mega di Pulau Pinang dan berbagai-bagai lagi. 

Anwar juga tidak berupaya untuk menyelesaikan perbalahan antara Kedah dan Pulau Pinang berkenaan isu jual beli bekalan air mentah.  Malah, tidak mampu memberi sebaran komen pun walaupun isu tersebut berlarutan tanpa kata putus.

Apa yang jelas, daripada sebesar-besar isu yang melibatkan ekonomi negeri-negeri jajahan PR, kepada isu-isu yang melibatkan imej dan integriti parti mahupun isu kerusi dalam pilihanraya, sehinggalah sekecil-kecil isu seperti isu setempat dan skandal dalaman yang melanda parti, semuanya bagai berada di luar kuasa Anwar Ibrahim. 

Oleh kerana pilihanraya akan berlangsung beberapa hari sahaja dari sekarang, kedudukan Anwar yang tampak lemah dan kabur ini membuatkan rakyat semakin cuak untuk memberi mandat kepada PR.  Sekali gus bayang-bayang bakal Perdana Menteri PR yang sedia kabur bagaikan terpadam terus.

Ketiga-tiga parti di dalam PR nampaknya berjuang secara syok sendiri dan Anwar juga menjadi bakal PM yang syok sendiri.  Masing-masing dibuai angan-angan berasingan serta berada di dalam dunia mereka sendiri tanpa berpijak di bumi nyata. 

Hari ini, DAP Kedah telah benar-benar tersinggung dan jika benar parti itu bertanding secara solo, maka tidak mustahil langkah tersebut akan menjadi trend bagi negeri-negeri lain yang turut memperlihatkan bagaimana ada saja perbalahan dan ketidakpuasan hati antara PAS, DAP dan PKR. 

Hakikatnya, masalah ini berlaku kerana PR tidak mempunyai pemimpin tertinggi yang benar-benar berkuasa memberi kata putus dan kata putusnya dihormati. 

Bayangkan, bagaimana kita mengharapkan parti ini memerintah negara tanpa pemimpin yang pasti?

Tuesday 2 April 2013

Inilah Dato' Seri Najib Razak.


TERKINI! PM akan bubar Parlimen esok selepas mesyuarat terakhir kabinet.



Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

 jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR  

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat. Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

 Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen. Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.

 Tempoh 60 hari adakan PRU-13

 “Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam. Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

 Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

 Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru. Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

 Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.

Sumber : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/04/terkini-najib-akan-bubar-parlimen-esok.html

Monday 1 April 2013

Malaysia PM Najib's popularity at all-time high ahead of General Election By Channel NewsAsia


KUALA LUMPUR: Prime Minister Najib Razak's approval ratings appear to have improved ahead of Malaysia's General Election, according to some surveys.

Mr Najib's popularity appears to be at an all-time high. Among more than 1.5 million civil servants and federal agencies staff, he was greeted like a superstar.

Of course, that was to be expected after he met their demand for higher pay, better benefits and allowances, including pension for retirees.

Indeed, Mr Najib has become the Barisan Nasional ruling coalition's number one asset.

His various 1Malaysia initiatives have made him more popular than his own party.

Mr Najib denied they were populist measures.

"My conscience is clear, what I said is based on success stories, Malaysia's success stories. When we succeed to take care of our country, we say people are our biggest asset," he said.

Mr Najib's star appeal has never failed to draw huge crowds at nationwide road shows, which concluded last weekend in his home state of Pahang.

Many celebrated the handsome allocations to improve the state to improve infrastructure and housing.

Mr Najib also promised annual cash handouts that will amount to more than US$1 billion if his government is returned to power.

It is clear that Mr Najib has a huge fan base among hundreds of thousands of civil servants and statutory body workers.

He promised to always look after their welfare which he hopes will be rewarded in the coming General Election.