Penulis selalu
berfikir, kenapa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu
bersumpah yang dia tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Sudah tentu
keraguan ramai terhadapnya akan hilang jika dia berbuat demikian.
Baru ini seorang
rakan berkata, tidak mahu bersumpah itu memang strategi Anwar…
Katanya, Anwar
akan bersumpah juga akhirnya tetapi bukan sekarang…dia akan simpan isu itu
sampai betul-betul mengunung…beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU
13), dia akan bersumpah.
Apa-apa sahaja
alasan yang berbunyi sedih akan diberikan. Bayangkan, ketika itu sudah tentu
undi orang Melayu terutama yang berada dalam kategori pengundi atas pagar mesti
memihak kepada Anwar.
Anwar akan
dilihat sebagai tokoh yang difitnah dan ketika itu Wan Azizah serta Nurul Izzah
akan menitikan air mata menyebabkan simpati terhadap keluarga itu akan melangit
banyaknya.
Momentum akan
menyebelahi Anwar dan tempoh yang terlalu hampir dengan pilihan raya akan
menyebabkan usaha untuk mematahkan taktik politik licik itu sukar mendatangkan
hasil.
Anwar dijangka
akan banyak menggunakan saat-saat terakhir menjelang PRU 13 untuk melaksanakan
taktik-taktik politik yang mungkin sukar untuk ditangkis lawannya.
Demi PM…Anwar
boleh buat rasanya….
Mengikut Ahli
Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang suatu masa dahulu amar
rapat dengan Anwar dan mengenali selok-belok politiknya, paling kurang akan ada
10 perkara yang akan dilakukan Anwar menjelang PRU-13.
Antaranya Zul
Noordin berkata, beliau sudah beberapa bulan dahulu memberikan peringatan
bahawa Anwar akan menggunakan keluarga Saiful untuk menentang Saiful.
Sikap bapa
Saiful, Azlan Lazim yang secara tiba-tiba bertentangan pandangan anaknya
baru-baru ini menzahirkan apa yang sudah lama diluahkan Zul Noordin.
Berikut adalah
rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan
kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah
di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu.
1 – Menggunakan
keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di
atas, ia sudah pun berlaku.
2 – Akan berlaku
kejadian Anwar ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana
di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada
dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA
KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata,
bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila
pengawal peribadi Anwar mencabut pistol ketika mengiringi Anwar dalam kereta ke
satu lokasi tahun lepas.
3 – Seorang
Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat
Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurt Zul Noordin, beliau
difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan
Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II,
Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan
untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.
4 – Anwar akan
bersumpah dengan ayat tipu (Anwar akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak
syarie, DIA AKAN KATA ” Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh “, MAKA
PEMBANGKANG AKAN KATA ” Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia
meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini
hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk
mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.
5 – Anwar akan
keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (menurut
pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama
macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar dijangka tidak mahu
keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am
berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan
dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”
6 – Memujuk
ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya
kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar
dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka
dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan
kerana anak isteri mereka juga ditekan (digangu) oleh pihak-pihak tertentu.
Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang
tidak mampu ditolak.
***Kenyataan Zul
Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim
Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah
seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur
China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang
keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika
dakwaan itu betul.
7 – Azmin Ali
akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan
video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri.
Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium
tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.
***Perkara ini
sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda
Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin
8 – Peguam-peguam
dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib
terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah
berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai
dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan
untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat
dalam kes Altantuya.
9 -Mereka akan
hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai
seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat
dengan penyalahgunaan wang rakyat. pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang
digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa
rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang
negara ).
***Ada sesiapa
terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik
pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)…taktik
bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas
itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.
No comments:
Post a Comment