Pewujudan Zon
Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mach lalu adalah satu langkah yang
kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai
didalangi oleh pembangkang.
Kerajaan Barisan
di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta
mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara
menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.
Walaupun keadaan
agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan
gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan
polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi
asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan
negara mampu di atasi dengan baik.
Jika dahulu
pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk
tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah
terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE.
ESSZONE yang
merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah
meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad
Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.
Rasional
menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan
politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh
pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan
tidak berperikemanusiaan enam anggota.
Langkah kerajaan
untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi
yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima
lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.
Di samping itu
lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan
orang awam dan ketenteraman negeri.
ESSZONE akan
berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10
daerah di dalam kawalannya di
sepanjang pantai
timur Sabah.
Objektif jangka
pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa
awal melawan pengganas Sulu, negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.
Sehingga kini 65
musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta
Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang
lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi
Daulat.
Agenda
pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya
dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah
dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang
dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.
Usaha pantas
kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas
dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara
membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.
Ketika Anwar
mengadakan komplot sulit dengan sekutunya, Nur Misuari dari MILF, mungkin
beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia
untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.
Anwar tidak lagi
boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada
isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang
didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan
Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.
Cubaan kroninya seperti
Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah
untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.
Dakwaan jahat dan
tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi
minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.
Kerjasama erta
yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku
terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan
segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata.
Kewujudan ESSZONE
pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri
Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.
Ia bertindak
sebagai serampang dua mata - mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan
penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan
penduduk negeri Sabah terjamin.
ESSZONE bukannya
satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan
kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command)
yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman
komunis ketika itu.
Kejayaan RASCOM
menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang
berkekalan hingga ke hari ini.
Keamanan ini
seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang
pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.
Penubuhan ESSZONE
juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah
seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.
Selepas wujudnya
ESSZONE, rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar
ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam
dapat dipulih serta dipertingkatkan.
No comments:
Post a Comment