Pendedahan yang
dilakukan oleh bekas pembantu kepada pasukan peguambela Anwar Ibrahim, Yuktes
Vijay wajar dikongsikan untuk pengetahuan masyarakat khususnya kepada pencacai
yang begitu menyanjungi Ketua Pembangkang itu. Ini kerana ia dapat membuka hati
dan minda mereka yang ingin mencari kebenaran berhubung kes liwat yang
membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Lebih menarik
lagi semua pekung Anwar ini didedahkan oleh rakan-rakan seperjuangan yang mula
meninggalkannya apabila telah mengetahui tembelang busuk Ketua Umum PKR ini.
Malah Yuktes sendiri dengan lantang dan berani telah mencabar Anwar secara
terbuka untuk menyamannya sambil menegaskan bahawa pemimpin ‘Anugerah Tuhan’
itu sebagai penipu tegar.
Beliau pada 11
Mac yang lalu, melalui surat terbuka yang disiarkan melalui portal Free
Malaysia Today (FMT) telah membangkitkan
beberapa isu berhubung kes pendakwaan terhadap Anwar. Malah beliau turut
mengesahkan memiliki beberapa dokumen penting berkaitan kes tersebut.
Antara persoalan
yang dilontarkan ialah :
Anwar sentiasa
mendakwa bahawa beliau tidak dibicarakan secara adil. Kebenaran sebenar adalah
beliau tidak pernah mempunyai keberanian untuk memberi keterangan dari kandang
saksi.
Ini kerana pada
hakikatnya, beliau tidak akan mampu untuk menahan segala soalan yang akan
dilontarkan oleh pihak pendakwaraya. Sekiranya pencacai pakatan pembangkang
merasa sangsi, kenapa tidak cuba bertanyakan soalan-soalan berikut dan dapatkan
jawapan sebenar, boleh diterima pakai dan tidak dipersoalkan logik jawapannya.
1) Kenapa Anwar secara peribadi dan spesifik
meminta 'Ketua Kakitangan' beliau, Ibrahim Yaakob supaya menghantar Saiful ke
pagsapuri tersebut bersama dokumen-dokumen padahal ada kakitangan lain yang
boleh ke sana;
2) Bagaimana Saiful mengetahui kod untuk
memasuki pangsapuri tersebut iaitu “Mokhtar,” nama ketua pegawai keselamatan
dan juga adik ipar kepada Anwar?;
3) Keterangan video yang dihantar ke makmal
Gandhi di New Delhi telah mengesahkan kehadiran Saiful di dalam pangsapuri
tersebut, jadi kenapa kehadiran Saiful di pangsapuri itu dipertikaikan;
4) Kenapa Saiful diberikan keistimewaan;
diberikan bilik khas, keistimewaan untuk mengiringi Anwar ke luar negara
sedangkan beliau adalah seorang kakitangan baru;
5) Pembantu Anwar yang baru, Najwan Halimi
sebelum ini pernah menghantar emel kepada Anwar dan memberitahu kecenderungan
Saiful terhadap BN. Kenapa perkara ini tidak diendahkan oleh Anwar?
Kesimpulannya
pasukan pembelaan ahli parlimen Pematang Pauh itu sedar bahawa Anwar tidak akan
dapat menahan segala soalan yang akan dikemukan, maka, mereka membuat keputusan
agar Anwar tidak perlu untuk memberi keterangan dari kandang saksi dengan
memberi alasan bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil.
Akhirnya, sekali
lagi makhluk bernama Anwar Ibrahim ini berjaya memperdaya, menipu dan
membohongi rakyat Malaysia dengan lagaknya yang tak ubah seperti Mandela. Namun
pada hakikatnya dia bukannya Mandela, tetapi hanya seorang penipu, pembohong
dan kaki putar belit yang bijak.
Tambah menarik
perhatian apabila kolumnis FMT sendiri mendakwa bahawa Sodomy 3 mungkin tiada
kena mengena dengan BN. Beliau secara tidak langsung ingin mengatakan bahawa
Anwar Ibrahim sebenarnya orang yang bertanggungjawab MELIWAT Saiful Bukhari.
No comments:
Post a Comment