Wednesday 13 March 2013

Lahad Datu semakin pulih atau semakin rumit?


Itulah yang dilaporkan oleh akhbar dalam talian Filipina Inquirer.net,adik kepada Jamalul Kiram,Esmail Kiram II telah mengadakan pertemuan  dengan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Manuel Roxas II di ibu pejabat polis di pinggir bandar Quezon, utara Manila semalam bagi menunjukkan kesediaan keluarga Kiram untuk menamatkan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah
Pertemuan itu dikatakan memfokuskan strategi untuk menamatkan krisis yang sedang berlaku di Sabah
Pendedahan tersebut dibuat pada sidang akhbar adik Jamalul Kiram itu yang disertai beberapa anggota keluarganya selepas pertemuan tersebut berlangsung
Namun, Esmail Kiram enggan mendedahkan butiran terperinci tentang pertemuan itu dengan menyatakan cadangan mereka untuk menamatkan krisis tersebut perlu diketahui oleh Presiden Filipin, Benigno Aquino III terlebih dahulu
Bercakap mengenai Azzimuddie yang merupakan ketua pengganas Sulu di Sabah yang mengetuai serangan terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia,menurutnya, jika beliau memujuk Azzimuddie untuk kembali ke Filipina dan meletakkan senjata, pujukan itu mungkin tidak didengari
Adalah sukar untuk menyuruhnya untuk pulang. Beliau pergi dengan kehendak sendiri,kata Esmail Kiram
Beliau berkata, Azzimuddie tidak pernah memberitahunya tentang rancangan untuk ke Sabah
Beliau (Azzimuddie) berkata, tujuannya hanya untuk tinggal di sana kerana ia merupakan tanah kami dan mereka membawa senjata demi untuk keselamatan diri, katanya
Mungkin keluarga Kiram kini menyedari hasrat untuk merealisasikan objektif angan-angan Mat Jenin untuk merampas wilayah berdaulat milik Malaysia tidak berjaya.Bak kata pepatah Sudah terhantuk baru terngadah
Di sini kami ingin kongsikan mengenai video Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook
Antara soalan yang diajukan adalah seperti berikut

1. Siapa Asree Sug?
2. Apakah perbezaan antara Tausug & Suluk?
3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino?
4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug?
5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu?
6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug?

No comments:

Post a Comment