Apabila berbicara
soal mungkir janji, pasti kita tidak akan terlepas dari memandang kepada
pakatan pembangkang, ini kerana golongan tersebut telah dipenuhi dengan
mereka-mereka yang sering khianat terhadap janji yang telah diberikan.
Lisan atau lidah
mereka yang bergelar pemimpin di dalam pakatan, memang terkenal menuturkan
seribu satu janji, namun seringkali gagal untuk mengotakannya. Contohnya,
ketika berkempen dan di atas pentas ceramah, mereka sering mengatakan
‘tuan-tuan dan puan-puan, sekiranya pakatan (dahulu dikenali sebagai barisan
alternatif) diberikuasa, apabila ayam berkokok, menjelang subuh kita akan
berikan itu dan ini.
Namun setelah
mendapat kuasa yang diidamkan itu dan apabila janji tersebut dituntut oleh
rakyat mereka dengan mudah akan mengatakan ‘Manifesto PR Bukan Janji’.
Sedangkan di dalam Islam, menepati dan menunaikan janji adalah antara sifat
yang sangat dituntut Islam sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai
orang-orang yang beriman tepatilah janji-janji.” (al-Maidah:1)
Malah, dalam ayat
lain Allah menerangkan bahawa mereka yang sentiasa menunaikan janji adalah
dianggap sebagai golongan yang beriman, yang benar dan bertakwa kepada Allah s.w.t.,
seperti firman-Nya yang bermaksud:
“…..Dan perbuatan
orang-orang yang menyempurnakan (menepati) janjinya apabila mereka membuat
janji……” – (Al-Baqarah:177)
Oleh yang
demikian mereka yang gemar berbohong atau sering memungkiri janjinya merupakan
tanda-tanda adanya sifat nifaq atau ‘MUNAFIQ’. Malah junjungan besar kita nabi
Muhammad SAW ada bersabda berhubung perkara ini.
“Tanda orang
munafik itu ada tiga; apabila berkata ia berdusta, dan apabila berjanji ia
mungkir, dan apabila diberi amanah ia khianat.” (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim).
Dalam hadis yang
lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat
perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik yang jelas.
Sesiapa yang melakukan satu daripada empat perkara itu, maka ia mempunyai salah
satu daripada sifat munafik hingga dia meninggalkannya iaitu apabila dipercayai
ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan
apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran (menegakkan benang yang basah)”.
(Hadis riwayat Bukhari).
Semua petikan
surah dan hadis tadi merujuk kepada peri-pentingnya untuk seseorang itu
menunaikan janji yang pernah diberikan, apatah lagi mereka yang telah diangkat
sebagai pemimpin.
Namun berlainan
dengan pakatan pembangkang, amaran dan peringatan yang diberikan oleh Allah dan
Rasul itu seolah tidak memberikan kesan kepada mereka. Sedangkan ada dikalangan
mereka yang dikatakan sebagai pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ dan mereka yang
kononnya bertaraf ulama. Seolah-olah Islam pada kaca mata mereka, hanya
digunakan untuk membodohkan rakyat.
Bukanlah niat
untuk melemparkan tuduhan, namun setelah 4 tahun mentadbir kerajaan di Pulau
Pinang, Selangor & Kedah, serta 22 tahun di Kelantan, pelbagai janji-janji
manis mereka yang masih lagi belum ditunaikan. Patutlah penyanyi Aishah yang
popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ sertai pembangkang, rupa lagu tersebut
ditujukan kepada pemimpin mereka.
Antara
janji-janji mereka yang sehingga kini hanya tinggal janji kerana berpegang
kepada pendekatan #ManifestoBukanJanji ialah tabung permulaan RM100 bagi
anak-anak kelahiran Selangor (mana duit yang diJANJIkan itu???), bantuan RM75
bagi setiap kanak-kanak di nurseri (nak tunggu kes di ke mahkamah barangkali).
Itulah antara
janji yang pernah diberikan kepada rakyat yang sehingga kini GAGAL
dilaksanakan. Malah di Kelantan, kerajaan Pas baru nak rasmikan pembinaan
stadium yang dijangka akan siap pada PRU18 nanti.
Kesimpulannnya
rakyat khususnya pengundi di 4 negeri yang ditadbir oleh pakatan WAJIB menolak
menolak wakil/calon pakatan dalam PRU13 nanti sebagai pengajaran agar jangan
cuba membodohkan rakyat dengan menabur jan-janji palsu.
No comments:
Post a Comment