Sana sini heboh maklum tentang
'tabiat' rebut kerusi dalam kalangan Pakatan Rakyat (PR) pada ketika bahang
pembubaran Parlimen semakin dirasai untuk memberi laluan kepada 'ibu segala
pilihanraya' PRU-13 dilangsungkan. Berikut adalah antara episod permainan 'rebut
kerusi' mereka;
Parlimen Gelang Patah
Pertelagahan antara Ketua DAP Johor
dan Pengerusi PKR Johor akhirnya ditamatkan oleh pengumuman Ketua Umum PR bahawa
calon kerusi ini adalah veteran DAP, Lim Kit Siang. Tidak semena-mena, nama Lim
Kit Siang yang dipilih sehingga menyebabkan kelibat Chua Jui Meng tidak lagi
kelihatan dalam mana-mana ceramah umum di Johor setelah pengumuman tersebut.
Difahamkan, Chua Jui Meng akan ditawarkan sebuah kerusi di Kedah, persoalannya,
apakah PKR di Kedah ada pengaruh kuat? Dan yakinkah PR masih memimpin Kedah
selepas PRU-13 ketika gelombang 'Save Kedah' oleh BN kuat bergema!
Parlimen Bagan Serai
Pengerusi PKR Perak, Dr. Muhamad Nur
Manuty diumumkan oleh Anwar Ibrahim sebagai calon kerusi ini dalam satu ceramah
Jelajah Merdeka Rakyat di Bagan Serai tempoh hari. Berikutan pengumuman ini, PAS
Kawasan Bagan Serai menzahirkan protes dengan mengadakan sidang akhbar
menyatakan tidak menyokong pencalonan PKR di kawasan ini malahan nekad
meletakkan calon dari PAS. PAS Bagan Serai turut memaklumkan kemungkinan besar
berlakunya pertandingan 3 penjuru antara calon BN vs calon PKR vs calon PAS.
Sekiranya pucuk pimpinan tertinggi PAS tidak merestui permintaan PAS Bagan
Serai, mereka juga nekad memboikot jentera PAS untuk tidak membantu calon PKR
malahan tidak akan turun mengundi calon PKR tersebut.
Seimbas lalu, kerusi Bagan Serai
adalah kerusi 'tradisi' PAS sebelum diserahkan kepada PKR pada PRU-12. Pada
PRU-12, calon PKR, Mohsin Fadzil menang tetapi bertindak keluar parti selepas
itu dan menjadi YB Bebas. Masakan PAS tidak serik dengan 'pengkhianatan' rakan
sekutu mereka..?
Perkembangan terbaru, Anwar Ibrahim
dikatakan bakal bertanding di Kerusi Bagan Serai sebagai langkah menamatkan
konflik pertelagahan ini. Situasi yang hampir sama dilakukan di Gelang Patah.
Apakah kepimpinan PAS Bagan Serai sudi menerima jangkaan keputusan ini? Dan di
manakah nasib Dr Manuty yang sudah diumumkan sebagai calon di sini?
DUN Changkat Jering
YB Mohamad Nizar, bekas MB Perak
diumumkan sebagai calon untuk kerusi ini oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar
Hussain. Pengumuman ini katanya telah mendapat restu Setiausaha Agung PAS, Datuk
Mustafa Ali turut berjaya mencetuskan konflik dengan rakan pakatan yakni PKR.
PKR Perak menyatakan ketegasan bahawa pencalonan YB Nizar ini bukti PAS telah
'melanggar syarat' antara mereka difahamkan berkenaan isu pertukaran kerusi
boleh menang. Walau bagaimanapun, PAS Perak bertegas meletakkan calon di DUN ini
sebagai respons 'balas dendam' kepada pengumuman PKR meletakkan calonnya di
Parlimen Bagan Serai.
Untuk rekod, kerusi Changkat Jering
sehingga 2004 milik PAS sebelum dihadiahkan kepada PKR pada 2008. Kpt (B) Osman
Jailu dari PKR menang tetapi bertindak keluar PR selepas memenangi kerusi ini.
DUN di Kedah
Kebuntuan sudah membarah dan terbaru,
kes sabotaj satu ceramah PR di Alor Semadom, Alor Setar dipercayai dari kelompok
dalam PR akibat ketidakpuashatian berkenaan pencalonan kerusi. Dikhabarkan, PAS
Alor Setar yang mahu berebut DUN Bakar Bata, milik kuota PKR sebelum ini. PAS
berkeras mahu meletakkan Timbalan Yg Dipertua PAS Alor Setar yang gigih melobi
sehingga merancakkan pertengkaran mulut antara PKR dan PAS. Itu bukan
satu-satunya kes di Kedah, umum mengetahui, penentuan formula pembahagian kerusi
antara PAS, DAP dan PKR di Kedah masih bermasalah kerana kedegilan PAS untuk
menggunakan formula sama pada PRU 2008. Dalam formula itu, DAP tentunya seperti
'melukut di tepian gantang'.....
Dalam permainan 'rebut kerusi', memang
ada seronoknya. Mengelilingi bulatan kerusi sambil diiringi alunan muzik, muzik
dihentikan, kita pun berebut. Pasti ada yang terjatuh tersingkir tak mendapat
kerusi. Dalam realiti politik, yang 'bermain rebut kerusi' bukan seorang.
Pemainnya disingkir, penyokongnya bakal menyingkir...
Sepakat membuka mata, mencelik minda..
Perebutan kerusi menggambarkan pakatan
sangat lemah!
Perebutan kerusi
menggambarkan pakatan rakus (PR) dan tamak kuasa!
Sepanjang pengamatan, tabiat sebegini
tidak diamalkan Kerajaan BN kerana permuafakatan 13 parti komponen cukup utuh
dan bukan secara semberono tetapi diperhalusi sebaiknya oleh YAB Pengerusi BN
untuk transformasi politik yang berkesan.
Demi agama, bangsa &
negara
No comments:
Post a Comment