Kebangkitan
rakyat Penang yang bangkit menentang pentadbiran Lim Guan Eng pasti akan
membuka mata rakyat Malaysia yang sebelum ini terpedaya dengan kata-kata
pemimpin ‘Ultra-Kiasu’ dari DAP itu yang kononnya ingin mencontohi pemerintahan
‘Khalifah Umar Abdul Aziz’.
Ini kerana saban
hari semakin ramai rakyat Pulau Pinang yang telah mula sedar, bangkit
mengadakan bantahan terhadap kepimpinan mereka. Terdahulu sekumpulan belia
Penang yang terdiri dari kaum Cina dan India telah berhimpun dan berarak bagi
menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung keputusan kerajaan negeri untuk
membina projek terowong mega dasar laut.
Manakala semalam,
dianggarkan hampir 10,000 rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat telah
menyertai ‘Himpunan Penyatuan Rakyat’ yang membantah pentadbiran Guan Eng yang
dilihat GAGAL membela nasib rakyat yang semakin tersepit sejak lima tahun lalu.
Persoalan yang
bermain diminda rakyat Penang ketika ini ialah, kenapa perlu bina terowong baru
sedangkan Jambatan Pulau Pinang Kedua masih lagi belum beroperasi? Apakah ini
satu cara untuk kayakan krooni-kroni DAP Penang?
Tambah
menghairankan ialah, DAP yang selama ini berpegang kepada idealism ‘sekular’
masih lagi gagal menjelaskan dakwaan berkenaan projek terowong dasar laut
bernilai RM8 billion itu, yang dilaksanakan tanpa tender terbuka.
Ia secara tidak
langsung membuktikan persepsi rakyat yang merasakan wujud kegiatan rasuah,
nepotisme dan kronisme dalam pemberian tender projek tersebut. Malah majoriti
rakyat merasakan projek tersebut tidak mendatangkan sebarang manfaat tambahan,
kerana pada ketika ini rakyat di Pulau Mutiara itu amat memerlukan rumah kos
rendah.
Ditambah dengan
kesesakan trafik yang macam gamps!, kerajaan negeri sepatutnya tidak kalut
untuk membina ‘tunnel’. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu masalah-masalah
utama yang mencengkam denyut nadi rakyat sekiranya benar-benar ingin mencontohi
pemerintahan khalifah Islam.
Ini tidak, baru
sepenggal menerajui kepimpinan negeri, mereka pakat kalut membuat projek mega
yang dilihat bakal menggangu pelabuhan dan bentuk geografi bahagian pulau
tersebut yang dikhuatiri boleh menenggelamkan negeri tersebut.
Yang lebih
menarik, ketika Anwar pakat sibuk ceramah di setiap pelosok negara untuk
memansuhkan tol, DAP selaku sekutu akrab membuat keputusan untuk mengenakan tol
bagi projek terowong mega dasar laut itu. Malah ketika ditanya berhubung isu
tol tersebut, Guan Eng dengan nada ‘selamba badak’ menyalahkan kerajaan
persekutuan.
Sungguh pelik dan
menghairankan. Mereka yang memutuskan untuk membuat projek mega, dan mereka
juga yang memutuskan untuk mengenakan bayaran tol tetapi kerajaan BN/Umno yang
dipersalahkan.
Inilah yang
dinamakan sandiwara pakatan pembangkang yang hidup atas dasar pembohongan dan
penipuan. Walaupun semakin ramai yang telah sedar, namun masih ada dikalangan
pencacai yang enggan menerima fakta dan hakikat sebenar.
Oleh yang
demikian, jangan terperanjat sekiranya suatu ketika nanti, pakatan pembangkang
pimpinan Anwar mengatakan 1 + 1 bersamaan dengan 4, akan ada dikalangan
pencacai yang akan berdiri dan mengatakan ia betul. Ini kerana walaupun sedar
jawapan yang diberikan itu adalah salah, namun disebabkan taksub, mereka terpaksa
menerima penipuan dan pembohongan itu sebagai fakta sebenar.
No comments:
Post a Comment