Satu perkara yang
harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat
salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh
pemimpin mereka. Antaranya, tidak apa
bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati, tetapi adalah menjadi satu
kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama, atau
untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui
30 tahun.
Kini, Tun
Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak, dihormati
dan dikagumi di seluruh dunia. Taib
Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan,
cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan
kesejahteraan rakyatnya.
Tetapi, Nik Aziz
pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas,
melainkan berpolitik, berceramah, bertazkirah mengutuk dan menghukum orang
sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.
Pun begitu,
pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz, tentang kenapa lebih 10,000 ekar
tanah diberi kepada DAP, tentang kenapa Kelantan terus mundur, apa jadi dengan
hasil pembalakan, atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa
masalah moral semakin parah?
Sebaliknya, mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib
Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.
Jelas, masalah
pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat, tetapi berkenaan
kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib
Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai
bentuk serangan selama bertahun-tahun.
Memandangkan
Pilihanraya semakin hampir, maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk
merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran.
Kali ini, bukan dari luar, tetapi dari dalam, iaitu dari sepupu Taib
Mahmud sendiri, Norlia Rahman, dengan menyebarkan video yang memaparkan
perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana
kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib. Kononnya juga video tersebut adalah diambil
secara sulit, tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.
Apa yang pembikin
video ini tidak tahu ialah, video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat
kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya. Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub,
iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri
dan Gabenor Sarawak.
Dendam keluarga
Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan
bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981.
Pada ketika itu, Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen
pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya, manakala 30% lagi
dimiliki oleh Datuk Tajang Laing, ADUN Belaga.
Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang
berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan
1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri,
keluarga dan sanak-saudaranya.
Bermula dari
situ, perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985,
Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan
Yang diPertua Negeri.
Rahman berpeluang
melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai ‘Ming Court Affairs
1987’ dengan mengumpulkan tandatangan
ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti
Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court, Kuala
Lumpur bagi mendesak usul hilang
keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi
ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28
daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang
berpaling tadah.
Jika Taib Mahmud
tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri
sebagai tepat, tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui
pilihanraya.
Nampaknya, sepupu
Taib Mahmud, Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan
‘beradu tenaga’ dengan sepupunya mengikut jalan yang benar. Tetapi, beliau telah memilih untuk berlakon
memburukkan Taib kepada orang ramai.
Sedangkan jika
benar beliau bercakap benar, apa perlunya lakonan itu?
Seolah-olah
melengkapi dendam Norlia terhadap Taib, Norliz juga merupakan isteri kepada
Datuk Justin Jinggut, bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi
diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak. Datuk Justin juga diketahui mempunyai
hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.
Nah, bukankah
telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis?
Walaubagaimanapun,
sekiranya kita seorang yang rasional, kita tidak perlu pun pergi sejauh itu
untuk menilai ketulenan video tersebut.
Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan
amat tidak masuk akal. Mana mungkin
perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di
antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil. Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon
yang tampak begitu sengaja menyebut
secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman
keluarga Taib.
Pendek kata,
gerak badan, skrip, tempat, watak dan segala-galanya mengenai video tersebut
adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya
dirakam tanpa sedar.
Oleh itu, pesan
kita kepada pembangkang, apa kata untuk sekali sahaja, carilah isu yang
benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN.
Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula
membuat kita merasa mual.
No comments:
Post a Comment