Sebelum
terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas
Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana
nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.
Hanya sekarang
baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi
Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram
III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan
kebudayaan.
Malah paderi ini
'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa
Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.
Lelaki berbadan
gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political
strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk
Hal-Ehwal Filipina (COPA).
Dalam pada itu,
ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai
seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?
Mungkinkah
disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan
dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan
kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?
Baru-baru ini
Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap
paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan
Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.
Sebagai penasihat
tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui
telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk
menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram,
adik kepada Jamalul Kiram.
Salah satunya
melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur
Misuari.
No comments:
Post a Comment