Ketua Pembangkang
dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha
pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu
15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.
Lima belas hari
atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati
terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk
mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap
dan tidak bermaruah.
Namun kebiadapan
dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda
yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan
pembangkang.
Anwar dan kuncu-kuncunya
dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13
akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.
Atas andaian
tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan
Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri
Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.
Ini bertujuan
untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan
raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas
serangan puak pengganas Sulu itu.
Ini boleh dilihat
daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua
yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan
rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Jika dilihat
kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari
pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr
Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah
jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi
pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.
Bagaimanapun
semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu
gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan
pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan
Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).
Kini Anwar sudah
amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.
Hakikatnya bukan
kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu
tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat
yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters
dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.
Malah Anwar menerima
tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik
oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi
memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di
kalangan rakyat Moro.
Luwaran News
Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang
mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai
'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.
Anwar berpakat
dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di
mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Namun fakta
sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif
Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC)
pada 2002.
Malaysia
mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak
dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka
dalam berurusan dengan OIC.
Malah hujah Ameen
Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai
Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang
meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001
Sekutu Anwar itu
ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong
tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan
Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.
Malah fakta juga
membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF
(GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.
Apabila dirinya
terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan
kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.
Sehingga kini
beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari
secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.
Mengapa Anwar
takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia
menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang
serangan pengganas di Sabah.
Kali ini Anwar
dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari
daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini
disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka
yang sebenar.
Malah kes
pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah
membuat Anwar menggeletar.
Seluruh rakyat
Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar
sudah sampai ke penghujungnya.
No comments:
Post a Comment